Tuesday, February 9, 2010

My Diaries


Today special entry is taken from my diaries.

But it is in Malay language. 

Back then, I miss place my note book.

Instead of bringing note book to class, I ended up bringing my diaries.

So, I think it is better to share some of my idea rather than stayed in the diaries.

Okey, lets get started.

Entry No. 1.

" 25 September 2009

Perjalanan Hidup

Kalo diikutkan, sebenarnya perjalanan hidup kita masih jauh. Yang tua telah pun merasai segalanya baik yang pahit mahupun yang manis. Apa yang boleh disimpulkan disini, masih banyak lagi perkara yang belum kita tempuhi lagi. Tertarik aku mendengar dan terpanggil semula aku berfikir dimana batas pemikiran manusia adalah sangat terhad. Kita tidak boleh tahu apakah yang akan berlaku pada masa hadapan. Sebagai contoh, di dalam rumah kita di halang pemandangan kita, dihadkan pemandangan oleh sebab dinding. Tidak kiralah apa juga ketebalan dinding itu, kita tetap tidak boleh melihat apa yang berlaku disebalik tembok di luar rumah. Malahan, tikus yang lalu disebalik dinding juga kita tidak tahu. Ini kerana mata kasar yang kita miliki adalah sangat terhad pemandangannya. Tetapi tidak bagi Allah dimana Dia maha melihat. Dia boleh melihat menembusi dinding dan tembok. Apa yang cuba disampaikan disini ialah, kita hanya terhad pemandangan tetapi Allah  maha melihat. Begitu juga dengan fikiran kita, dimana kita hanya mampu berfikir di dalam kawasan rumah yang dikelilingi dinding atau tembok sahaja. Tetapi Allah maha mengaetahui segalanya. Dia boleh melihat mengjakaui apa yang manusia boleh lihat. Dia boleh tahu apa uang berada di depan sedangkan manusia tidak mampu berfikir sehebat sehingga ke tahap itu. Manusia hanya  mampu merancang dan mengagak apa yang bakal berlaku.

Entry No. 2.

Soal Jodoh

Begitu juga soal jodoh. Kita hanya nampak apa yang didepan mata kita sahaja. Tetapi tak tahu akan apa yang berlaku kelak. Siapa yang kita pilih itu adakah dia pilihan yang betul? Sebenarnya jodoh, ajal, rezeki semuanya ditangan Allah. Allah yang mampu & mengetahui segala yang dia ciptakan & mengubah bahan ciptaannya. Di dalam soal jodoh sebenarnya manusia hanya mampu memilih. Soal keizinan datang daripada Allah. Seharusnya seorang hamba itu mohon dan usulkan calon jodohnya itu kepada Allah. Biar Allah yang tentukan yang terbaik. Tanya dengan Allah adakah calon jodoh itu yang terbaik? Hanya Allah yang mampu beri jawapan. Kerana cakerawala & bumi berserta alam semester ini kepunyaan dan idea Allah. Dialah tuhan yang menjadi punca segalanya. Maka, seharusnya kita minta petunjuk darinya. Caranya ialah dengan kita solat Istiharah. Kaedahnya amat mudah. Solatlah Dua Rakaat dengan niat adakah calon itu yang terbaik. Jika jawapanya negatif, maka bermohonlah kepadanya moga memberikan petunjuk kali kedua. Jika kali kedua tetap jawapannya negatif, maka bermohonlah buat kali ketiga yakni kali yang terakhir. Jika kali ketiga juga negatif, maka tinggalakanlah jodoh itu. Solat istiharah penting kerana solat ini yang kemudian harinya nanti membantu kita dalam berumah tangga. Jika jawapan dari Allah positif di permohonan Istiharah yang pertama, maka dialah yang akan membawa kebahagian sehingga akhirat (dunia & akhirat). Sekiranya jawapannya adalah tidak, maka percayalah dia bukan jodoh yang sesuai. Percayalah dia bukan yang terbaik dalam menentukan segalanya. Harus kita segera check sebelum kita dah berlayar jauh. Apa yang kita cari dalam perkahwinan? Yang kita cari ialah HAPPY @ kebahagiaan. Jikalau rumah tangga adalah lintang pukang, maka kebahagian adalah tak tercapai. Bayangkan apa akan terjadi jika  tiada kebahagian dalam rumah tangga? Huh.. Susahlah kalo hari hari gadoh, than cerai? huh.. Buang duit, tenaga dan malu. Fikirlah panjang dan secara matang. Mintalah keizinan dan petunjuk dari Allah. Itu yang terbaik.

Entry No. 3.

Kerja

Apa yang menarik ialah, kita kena pentingkan diri sendiri dan belajar untuk hidup sendiri (berdikari dan belajar jadi susah). Di kala umur yang masih muda, seharusnya kita perlu ada perasaan mencuba. Mencuba apa itu erti susah, dan tak dimanjakan. Jikalau kita susah sekarang, kemudian harinya x perlulah kita gentar untuk hadapi kesusahan kerana pengalaman mengajar kita. Apa yang dimaksudkan dengan pentingkan dir sendiri ialah, capai dulu kemahuan kita. Pedulikanlah orang lain. Asal kita sudah senang nanti, orang lain boleh tumpang senang juga. Sebagai contoh, seseorang bapa tidak seharusnya memecahkan hartanya sewaktu dia masih hidup kerana anak-anaknya kemudian tidak tahu berdikari. Biarkanlah kita mati kelak. Dalam Islam, hukum faraid sudah pun ada dan harta akan terbahagi secara automatik mengikut faraid.

Entry No. 4.

Degree.

Didalam konteks sekarang ini, Ijazah Sarjana Muda adakah relevan? Sebenarnya, Ijazah di dalam konteks 2009, dimana ekonomi adalah tidak stabil, dan peluang kerja sebenarnya adalah tipis untuk dimiliki oleh setiap graduan Ijazah. Apa sebenarnya Ijazah dalam konteks sekarang? Ijazah sebenarnya di dalam konteks sekarang (2009), adalah hanya menentukan dan meletakkan keyakinan diri (confidential level). Seseorang akan menjadi mencapai tahap kredibiliti yang tinggi dimata orang ramai jika memiliki segulung Ijazah dan layak bersuara di khalayak ramai kerana kredibilitinya diakui kerana mempunyai Ijazah berbanding dengan seseorang yang hanya memiliki Diploma, dia tidak layak dan tidak sama taraf dengan seseorang yang memiliki Ijazah kerana kelayakannya adalah rendah. Di dalam konteks kerja juga, Ijazah sudah ada di mana-mana. Setia pelosok negerri, setiap seorang sudah pun memiliki kerja dengan Ijazah yang mereka ada. Jadi, sekarang ini Ijazah tidak lagi laku. Sama ada mereka menyambung pengajian ke pringkat seterusnya ataupun hanya menendang sampah kertas itu. Apa yang harus para Ijazah buat ialah seharusnya mereka patut berniaga. Dengan berniaga, mereka akan membuat pulangan yang lumayan. Degree akan menjadi bermakna kerana mereka berkredibiliti dan layak untuk bersuara. Tak kiralah apa jua bidang perniagaan yang mereka ceburi, Degree yang mereka perolehi boleh menyakinkan orang bahawa dia adalah pakar kerana kredibilitinya". 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...