Monday, July 11, 2011

Tricy: city that never sleeps

Pada 13 Mei 2011 hingga 17 Mei 2011, saya telah bercuti di luar negara. Destinasi percutian yang dipilih kali ini ialah India. Jikalau ada orang bertanyakan kenapa India? Jawapan mudah akan saya katakan ialah, kerana tiket yang murah; Airasia dengan slogan uniknya tersendiri "Now everyone can fly'. Haha. Tetapi hakikatnya, India merupakan permulaan peradaban manusia. Di bumi Indialah manusia pertama bernama Adam diturunkan. (sila rujuk sini.) 

Rentetan dari itu, slot khas ini akan diisi oleh pengalaman, kata-kata dari diari dan catatan perjalanan saya disepanjang perjalanan pergi dan balik selama 4 hari 3 malam di sana.











13 Mei 2011 (Jumaat)

3.00am: Bangun dari tidur. Agak letih lagi. Penat perjalanan dari Johor Bahru ke Klang ini masih lagi tak hilang, tambah pulak kena bangun lagi. Tapi apa bule buat. Terpaksa bangun jugak. Sewaktu jam loceng telefon bimbit ini bergegar-gegar suruh bangun, saat itu terasa macam nak sambung tidur dan sambung keasyikkan bermimipi. Terasa awal lagi, ialah, jam terbukti menunjukkan jarum jam pukul 3 pagi.

4.08am: Siap berkemas.

4.42am Bergerak dari apartment.

6.00am: Tiba LCCT melalui jalan belakang. Tanpa tol ya tuan-tuan dan puan-puan. Lalu jalan lekak lekuk. Jimat tol. Hilang arah sebab menonjol je dari belakang kereta Joseph. Tapi rasanya aku kenal jalan tu. Barangkali lalu Skinchan...

Check-In airport sebaik tiba. Erm. Heran lar sebab tengok ramai sangat orang jam nie. LCCT sentiasa dibanjiri oleh manusia. Dalam hati saya nie, terdetik persoalan, tak tidurkah mereka nie semua. Entah-entah, semua yang datang sini tak mandi..... (barangkali mungkin benar teori ini) hahaha

8.00am: Kapal terbang Boeing  AK231 pagi ini nampaknya penuh. Penuh sampai saya terasa seperti berada di dalam bas ekspress pula. Tadi masa masuk, flight attendance dekat depan panggil nama kami 2 kali sebab kami lembap sangat nak naik. haha.

Erm, ada satu persoalan yang nak di utarakan. Kenapa ek flight attendance especially pramugari perempuan dia memang giler cantik. Persoalannya, kenapa tak ambil yang buruk bekerja sekali dalam flight commercial mcm airasia nie.. hehe. soalan bodoh, tapi aku nak tanya jugak..

Saiful kate dia tak pernah terfikir pun nak pergi India seumur hidup dia. Dia hanya tahu Aircond Ikano, maintenance, wayar dan letrik-letrik jek. Fakta menarik tentang Saiful nie; Saiful merupakan office-mate aku as Technician aka Chargeman Masterskill JB. Jadik seumur hidup dia memang berkecimpung dengan wayar dan letrik nie tak pernah langsung terfikir nak pergi India. Sekali jek aku sebut aku nak pergi India dengan tiket yang murah, tetiber die pn nak ikut jgak. hhaaha.. begitulah alkisah al partner aku nie yang seperti lagi dalam mimpi kat sebelah aku sekarang nie atas flight menuju ke India.

Dr. T. kate, dekat Trichy jam lambat 2 jam 30 minit. Jadik kalau pukul 8 pagi Malaysia, dekat Trichy masih lagi subuh. Fakta menarik tentang Dr. T.; dia merupakan pemegang kad pengenalan Malaysia berstatus P/R. Dia berasal dari Trichy sendiri. Beliau berkahwin dengan Madam Geetha, Manager aka HOD saya, warga tempatan; Selangor. Jadi, aku pergi atas kenalan pejabat aku sendiri dan dengan confident yang Dr. T. akan bawak jalan-jalan di sana kelak. Fakta menarik tentang Tricy; merupakan salah sebuah daerah di dalam Tamilnadu. Tamilnadu pulak terletak di Selatan Utara India. Nama panjang bandar nie ialah Tiruchchirappalli.(hehe berbelit lidah nak sebut kan?) Singkatan namanya ialah Trichy.

Jadi, walau macam mana pun, hari nie sempatlah ktorg singgah untuk solat Jumaat di sane nanti oleh sebab perbezaan masa 2jam 30 minit itu lah.. Insyaallah. Owh, lupa nak cerita. Aku pergi ke India ni berlima. Aku, Saiful, Dr. Tajudeen, Joseph & Isteri. Sepatutnya 6 orang, tapi madam Geetha ta jadi pergi sebab die mengandung tak cukup 5 hari sahaja lagi. Salah perkiraan. Pagi-pagi lagi tengok Dr T tak semangat. Dia kata keberatan nak pergi tanpa isteri. "My heart is not here to go to India".

Sugul je muka die tampak sedih. Malam tu banyak kali jugak Dr. T call madam. Setiap kali call setiap kali tu la madam menangis. Cik Jah kata (sempat Cik Jah menelefon update perkara2 yang berlaku di pejabat yang ketika ini hangat diperkatakan), dalam kereta, madam cakap "How can I survive without you". Dr T balas, "Please stop crying. Please let me go with peace". (Rasa macam nak ReTweet balik jek ayat diorg nie, tapi tak boleh sebab Siaran Langsung)

Di atas kapal Boeing sekarang ni, sekali lagi saiful buat lawak. Dia kata tandas dalam AirAsia ni besar macam kat rumah. aishhh ta bole belahh....

11.20am (M'sia): Dari atas boleh nampak India penuh dengan ladang-ladang dalam petak-petak seperti petak sawah. Di luar tingkap, cuaca cerah. Semakin dekat dengan bumi India. Semakin kuat gegaran akibat dari geseran angin bila hendak mendarat. Gegaran akhirnya berhenti *Akhirnya Mendarat di Tiruchchirappalli International Airport*

Turun pesawat ini terus ke imegresen dia. Beratur panjang. Sempatlah aku menjenguk ke kiri dan kanan. Tengok semuanya satu warna sahaja. Aku dengan Saiful yang agak cerah sikit pada ketika itu seperti jadi tumpuan orang melihat ke arah kami la kan. Sewaktu ketika dalam barisan itu lar aku di tegur oleh beberapa Rakyat Malaysia dalam bahasa Melayu akan kenapa kehadiran aku ke Trichy? Atas urusan apa mereka tertanya-tanya. haha.

Kejadian yang tak boleh dilupakan pada waktu itu pulak ialah pegawai kastam India tu bertanyakan kepada aku dalam bahasa Tamil dan jugak India yang mana saya sendiri tidak faham apa yang ditanya oleh dia. Nasib  ada warga Malaysia yang prihatin yang memang seharusnya faham bahasa itu mentafsirkan dalam bahasa melayu kepada aku. Owhhh.. baru aku tawu, rupanya die tanya dengan sape aku pergi dan nak pergi mane... hahaha.. gelak sendiri aku bila teringat tentang hal ini.


Sampai di luar Airport ayah Dr. Tajudeen yang jemput kami. Suasana di lapangan terbang tampak kusut. Ramai orang berkumpul di luar seolah-olah menunggu artis pujaan mereka. (aku pun perasan Retis la jugak sekejap kannn.. al maklumlar, kulit kami cerah sedikit berbanding warga tempatan; warga India). Tapi, agak menakutkan juga lar bila mana, di luar pintu keluar, saya dapati ada askar berkawal dengan senjata senapang Raifel M16. Saya lihat Dr. Tajudeen, gembira bertemukan ayahnya. Selapas 3 tahun tidak pulang ke kampung halaman, masakan tak ada yang kerinduan ya tak.


12.47pm (10.10am Trichy): Sampai diperkarangan rumah Dr. T. Kata pertama yang terungkap ialah --Cantik!

Rumah warna merah jambu bunga ros. Cantik bangat! Dua tingkat semuanya. Giler. Memang gila. sebab rumahnya memang betul-betul di tengah kota Trichy. Memang betul-betul di tengah bandar. Ini lah satu-satunya rumah di Bandar. Ini bermakna, Dr. Tajudeen memang seorang yang hartawan. Rumah ini sekarang bernilai 3 Juta Rupees. Sama lah dengan Malaysia RM1 Juta. Rumahnya berupa dua tingkat. Ruangan di atas hanya menempatkan sebuah bilik tidur berserta tandas kecil serta sedikit ruangan tidak berbumbung khas untuk ampaian kain baju. Manakala di bawahnya pula terdapat ruangan dapur, dua buah bilik dan ruangan tamu.

Dari kejauhan dapat lihat penduduk tempatan berjalan kaki. Ada yang tidak berselipar langsung terus berjalan di jalanan yang ketika ini suhu mencecah dua kali ganda malaysia panasnya. Suasana yang bingit dengan bunyi hon kereta, motor, bas, mahupun otto (kereta penumpang kecil yg digunakan seperti teksi). Tak lupa juga, ada yang mengunggang basikal di sekitar kawasan bandar ini menuju ke kawasan yang aku sendiri tak pasti ke mana hujungnya.

Selepas beberapa seketika sembang di rumah Dr. Tajudeen, kami kini berada di dalam kereta tadi untuk mencari tempat penginapan kami; hotel la..... Dari dalam kereta, boleh bau hancing. Penduduk sekitar sini tidak kisah sudah dengan bau-bauan yang 'harum' ini. Mungkin sudah terbiasa barangkali. Tetapi bagi kami (aku dan Saiful), agak terkejut. Normal bagi penduduk di sini kencing di tepi-tepi jalan, di sebalik pokok, di luar dinding kedai dan di jalanan jelas Dr. Tajudeen. erm... pada pendapat aku pula, berkemungkinan besar kerana tiadanya fasiliti yang lengkap menyebabkan perkara sebegini berlaku. Tambahan pula, penduduk rata-ratanya susah menyebabkan tiada kesedaran sivik.

Penduduk di Tamilnadu sahaja berjumlah 1.6 Million. Wow! Satu angka yang besar. Owhh.. Patutlah... Dekat mane2 pown sentiasa ada org. Tak kira lah celah mana pown sentiasa ada orang disebabkan jumlah penduduk yang padat dan ramai. Itu tak kira lagi di celah bedahh... eh...

11.35am (Trichy): Kali ini hotel yang kelima sudah. Kami berusaha mencari hotel yang kekosongan, namun tidak berjaya. Ini kerana, kebanyakkan hotel telah ditempah awal menyebabkan penuh. Musim sekolah.... Owh patutlah.. sekarang ini, musim sekolah. Sama aje la di Malaysia. Asal cuti sekolah je, mesti penuh sana sini. Asal penuh je, mesti cuti sekolah. aish...




Okeh. Setelah beberapa seketika, kami berjaya medapatkan hotel Arun. Semalaman, berharga RM75 bahagi dua org (aku dan Saiful).

Satu perkara tentang orang di India ni... ape yang aku cakap, pasti dia hangguk. ape aku cakap mesti nak hangguk. Tah paham tah tak.. haha. unik ya. Tiada di Malaysia ini sifat.

12.30pm (Trichy): Makan nasi beriyani di Raja Hotel. Katanya yang terbaik di Trichy. Rasa nasi beriyani di sini memang berbeza. Menyelerakan. Beriyani di sini memang agak ketara penggunaan rempahnya. Owh ya.... pengalaman makan di atas daun pisang. Memang buat rasa makanan lagi sedap. Lagi satu, jus buah satipa[u]di memang terbaik! Sedap gila beb. tak tipu. Di Malaysia memang tidak ada akan buah sebegini sedap. Rasanya seakan-akan buah oren, tapi bukan buah oren. erm. tah la. hanya siapa yang pernah rasa je tawu akan kenikmatan rasanya.

1.00pm (Trichy): Sepeti yang saya coretkan tadi, hari ini, saya akan bersembahyang jumaat di bandar trichy. Pertama kali saya mendengar kutbah jumaat dalam bahasa asing; Tamil. Yang uniknya di sini, kolah tempat untuk mengambil air sembahyang disini, sangat sejuk. huhu. Perbezaan cuaca yang panas di luar dan di dalam masjid amat ketara. Air di dalam kolah ada kejutan lain selain sejuk. Tiba-tiba aku terlihat kelibat ikan emas berdesup laju tatkala sewaktu tangan aku mencecah ke gigi air. wow! ikan emas hidup berlegaran dalam kolah! ahha.. amat menakjubkan. Erm. hendak masuk ke dalam ruang utama solat sahaja, ada papan tanda besar di pintu utama berbunyi begini "Do not pray without covering your head". Semua jemaah dikehendaki memakai kopiah atau bertutup kepala untuk bersembahyang. Bagi pengunjung seperti saya yang tidak membawa sebarah kopiah, tidak perlu risau kerana terdapat satu kotak berisi kopiah buatan sendiri disediakan. Kopiah yang disediakan berupa anyaman tangan. Barangkali diperbuat daripada daun pandan serupa seperti tikar daun pandan yang kebanyakkannya digunakan di Malaysia.

Khutbah kali ini langsung tidak saya fahami. Namun masih dapat saya hayati penyampaian khatib yang menyampaikan khutbah itu seperti bercerita tentang kisah-kisah rasul allah Muhamad dan nasihat-nasihat kepada jemaah yang hadir melalui bacaan hadis dan alquran yang dalam loghat arab (alar... boleh la paham cikit-cikit). Walaupun khutbah pertama dalam bahasa tamil tidak saya fahami, tapi, khutbah kedua memang sama seperti di Malaysia. Azan mua'zin itu, tidaklah baik sangat kerana sebutan makhrajnya tidak sempurna. Tetapi, bacaan imamnya sangat kelas. rasanya macam seorang yang terpelajar dari lepasa Al-Azhar barangkali.

2.00pm (Trichy): Selepas solat jumaat, balik ke hotel dengan menaiki oto. Driver OTO ni pandai cakap Arab. Halamak! Caya arr! Terkejut di buatnya. Jadi, pengajaran untuk hari ini,jangan nilai seseorang dari luaran sahaja. Rupa-rupanya, die pernah bekerja di Kuwait. Sebab tu dia bisa berloghat arab daaa. Dalam keadaan penat. Sempatlah untuk baring sekejap. Tidak lama seketika itu, kami tunggu di lobby hotel akan kehadiran ejen tukar matawang. Di sini, kita tidak perlu bersusah payah mencari kedai tukar matawang asing. Sebaliknya, ejen persendirian akan datang bawa sejumlah wang asing dengan hanya dengan panggilan telefon, ejen tersebut akan datang ke lokasi seperti yang dipinta pelanggan. RM 7 = Rp 100 . hohoho.. memang kaya la kan. Matawang malaysia 7 kali ganda besar dari Matawang India.

7.29pm: Kami dalam perjalanan ke bandar dengan menaiki bas. Wow! Memang sukar untuk dipercayai. Pada malam dinihari juga tetap sama bilangan orang yang berjalanan di jalanan. Seolah-olah tiada perbezaan antara malam dan siang. Tetap penuh kedai-kedai, lorong-lorong dan jalanan umumnya dengan umat manusia. Yang peliknya, malam lagi agresif. Memang sah, bandar Trichy tak pernah Tidur! Satu perkara yang diriku dan Saiful kagum ialah setiap tempat, bahagian dan ceruk bangunan senantiasa ada sahaja orang. Sedia maklumlah. 1.6 Million penduduk Tamilnadu. Gila! Satu jumlah yang mustahil. Bayangkanlah, sangat semak dengan orang di kiri dan di kanan. Penuh dengan orang India!

14 Mei 2011 (Sabtu)

12.00pm: Perjalanan hari ini bermula dengan makan tengahari di restoran Vegi. Di sini, tidak ada masalah untuk makan kerana semuanya ditanggung halal. Semua ayam, kambing, lembu dan lain-lain di sembelih. Akur akan undang-undang agar menyembelih makanan kerana ada orang islam tinggal di negara ini. Jadi, kalau masuk mana-mana restoran di India, anda tidak perlu risau mencari makanan yang halal. erm.. Buat hari ini, saya akan mencuba menu vegetarian. Pada mulanya memang tidak ada idea langsung tentang apa yang dimaksudkan dengan makanan vegi. erm. okey, selepas penerangan segera, baru saya faham. Makanan vegi terdiri daripada sayur-sayuran, tiada daging pada masakan. Untuk menjumpai makanan berdaging ayam kambing dan lain-lain lebih mudah pada sebelah petang. Ini kerana pada paginya, hanya makanan vegi disediakan. Kebanyakkan restoran di sini semuanya macam hal yang demekian. Oleh kerana itu, saya tiada pilihan dan hendak atau tidak, terpaksa saya akur. Dipendekkan cerita, tengahari di Trichy itu, saya mencuba makanan vegi. Pada tengahari itu, saya dihidangkan dengan nasi putih ditengah-tengah dulang dan 10 makanan tepi (side dishes) yang terdiri daripada manisan, kari, dal, sayur-sayuran pelbagai resipi campuran dan juga susu masam. Apa yang tebaik tentang vegi ini yang mungkin boleh saya kagumi ialah tentang nasi putih minyak sapi di sana. hohoho. Terabaik! Nasi + Minyak sapi + serbuk rahsia yang digaulkan. Nasi kalau habis akan sentiasa ditambah. oh ya, tidak dilupakan lada kurang masin juga sesuatu yang baru bagi saya. Terlalu asing dan aneh makanan begini. tetapi inilah makanan ruji harian penduduk India di mana-mana daerah dan negeri seluruh India.

Sekarang berada di atas bas. Menuju ke jalan mangga di Sungai Kaveri. Cuaca panas. huh. Apa yang dapat digambarkan suasana di dalam bas di sini ialah semua bas masih lagi menggunakan tingkap. Tempat duduk di depan dikhaskan untuk perempuan. Sentiasa penuh sahaja dengan penumpang. Perbezaan bas di Indonesia dan India (perbandingan mengikut pengalaman di Jakarta dan Trichy):
- Bas India memang akan pasang lagu yang kuat-kuat
- Bunyi hon tetap merata-rata setiap minit dan saat.
- Konduktor bas India memakai Wisel, berbanding dengan Indonesia, hanya mengarahkan pemandu bas dengan arahan jerit.
- Konduktor bas Indonesia, lebih kemas pakaiannya dan berkasut.

1.40pm: Sekarang di lorong Manabala Salai. Di kawasan ini dekat dengan sungai Kaveri. Di sini, bolehlah mendapatkan buah mangga. Buah mangga di sini memang besar dan manis. Sekarang di India, ialah musim panas. Musim panas ialah musim buah-buahan. Buah pun besar-besar belaka.

Fakta menarik tentang Sungai Kaveri:
1.5 km lebar dan 10 meter dalam. Ini adalah sungai, tetapi seperti laut. Ketika ini musim panas, jadi air sungai kering dan kami mampu melihat dasar sungai tatkala melalui jambatan hendak ke seberang.

3.30pm: Kami berada di pekan Bajar, Trichy sekarang ini. Di sini terdapat gereja St. Joseph yang berusia 800 tahun. Gereja ini paling lama di Trichy dengan bukti pembinaan zaman pemerintahan ala rome. Kagum saya apabila melihat gereja ini dibina degan pencakar langitnya yang amat tinggi. Terfikir juga, bagaimana hendak bina gereja setinggi itu dengan teknologi yang tidak secanggih sekarang. Kan?

Berhadapan dengan gereja St. Joseph ini, teradapat pintu utama Bajaj iaitu satu kawasan yang di bina zaman dulu kala seperti kubu sewaktu pemerintahan [siapa ea ta ingat n ta fokus Dr bgtau]. Masuk ke dalam sedikit, ada lorong yang panjang dan penuh dengan peniaga. Lorong ini seperti lorong Petaling Street. Kiri kanan peniaga berniaga. Lorong ini menuju ke puncak bukit, yang mana terdapat sebuah kuil Ucchipilaiyar. Di sepanjang perjalanan, ada kawasan takungan air ditengah-tengahnya. Saya di beritahu yanga kawasan takungan air inilah yang membekalkan air bersih kepada penduduk Trichy. Kawasan tadahan air ini pada asalnya di bina oleh orang yang bertanggungjawab membina kuil Ucchipilaiyar. Air bersih digunakan oleh orang-orang istana dan penduduk sebagai kegunaan asasi. Kawasan tadahan air ini seluas dua padang bola sepak yang kini di pagar oleh kerajaan pemerintah di sini. Berjalan di kawasan Bajaj ini, seolah-olah mengingatkan saya akan filem Ashoka lakonan Shahrun Khan yang memegang watak maharaja India ketika itu. Tempat yang dilawati ini walaupun sudah beribu tahun dibina tampak usang, namun masih lagi kukuh berdiri.

Di dalam kawasan Bajaj ini, terdapat deretan kedai. Baik dari kedai makanan, hinggalah ke kedai runcit harian. Menariknya, ada satu kedai sahaja yang menjadi tumpuan pengungjung; Saradas. Saradas merupakan sebuah kedai yang amat besar. Seakan-akan sebuah kompleks membeli-belah. Namun, produk utama ialah pakaian tradisional penduduk India seperti Saree. Wow! Memang giler. Ramainya memang tak bule nak kira. Anggaran sehari minimum mesti akan ada pengunjung 5000 hingga 10, 000 orang. Itu belum hari perayaan. Kalau hari perayaan seperti Hari Raya, Deepavali dan tidak kiralah hari-hari perayaan lainnya, memang akan bertambah pengunjungnya hingga boleh mencecah 500 000 orang sehari. Yang peliknya, kedai ini, beroperasi 24 jam 7 hari seminggu. Memang tidak pernah tutup. Fakta menarik lain, Saradas dapat untung satu hari 1 Million. Pada hari perayaan, angka itu akan melonjak menjadi 2 atau 3 Million dalam sehari. Kalaulah saya taukeh kedai ini... huhuhu..

9.00pm: Sekarang berada di restoran Raja. Makan! Dari Sarakas, kami menghabiskan lebih kurang 2 jam. Merry dan Joseph beli Saree. 4 sari dengan harga RM160. Kalau di Malaysia, akan dapat hanya 1 Saree dengan harga yang sama. Lagi untung berbelanja di sini. Murah benar.

Selepas 1 jam berada di hotel berehat. Kami berjalan kembali meneroka hujung jalan nun sebelah sana. Sebelah sana yang saya maksudkan ialah jalan menuju ke sekolah menengah lama Dr. Tajudeen St. John Vesetiry English Anglo Indian, Higher Secondaty Military School. Bangunan yang berusia 248 tahun ini memang agak buruk secara jujurnya. Inilah sekolah yang menawarkan Arc atau Foundation atau sama dengan tingkatan 6 di Malaysia. Selepas itu, kami pergi ke kedai Kulit. Genie Plaza nampak kompleks itu. Di sana saya beli talipinggang kulit baru berserta dompet baru. hehe. 350 + 250 Rupees.

15 Mei 2011 (Ahad)

Lebih kurang jam 9.30am, kami bergerak lagi sekali ke Bajar. Kali ini misi kami ialah hendak mendaki Kuil Ucchipillaiyar. Dr. Tajudeen sudah memberi amaran bahawa bukit ini agak tinggi dan mungkin meletihkan. Manakan tidak, untuk sampai ke atasnya, ada beribu anak tangga. Di kaki bukit, kami berjanji bertemukan kembali apabila cukup 1 jam. Dr. Tajudeen pagi ini tidak berapa sihat. Badanya lemah longlai seakan demam. Saya dan Saiful dapat juga rasakan perkara yang sama. Badan kami berasa tidak sihat sangat. Lemah longlai. Cuaca yang panas semalam seolah-olah kami dibakar. Terasa sengal-sengal badan.

Walau bagaimana pun, saya tetap juga mendaki pagi itu. Adehhh.Sampai dipermulaan kaki bukit, kena buka kasut rupanya. Kalau tahu kena buka kasut, tak payah susah-susah pakai kasut tadi. Selepas bayar tiket, pantas kami mendaki. Alar, tidaklah sesusah yang di sangka. Tahu-tahu sahaja, dah sampai di atas. Owh, semasa mendaki, tiba-tiba ada orang menyapa kami dalam bahasa melayu. Terkejut jugalah. Rupanya sepasang suami isteri warganegara Malaysia di situ sedang melawat kuil ini juga. Sempat kami berborak sebelum mereka minta beredar dahulu.

Wow, panas okey tanpa kasut atau selipar di atas bukit ini. Hairan saya bagaimana warga tempatan di sini boleh tahan tanpa kasut. Cantik sekali di atas puncak bukit ini. Dapat lihat seluruh bandar Trichy. Baru saya faham. Rupa-rupanya puncak bukit ini sangat strategik sekali. Sebab itulah ianya pernah digunakan sebagai kubu dahulu kala.

Setiap inci didnding gua diukir dengan bentuk dan corak yang sangat unik. Ukirannya sungguh teliti. Bayangkanlah, dengan teknologi secanggih batu pahat dan tangan, mereka boleh ukir corak yang cantik dan unik. Ukirannya lebih bermotifkan ketuhanan dengan ukiran kadangkala hinduism seperti gajah dan manusia lidah terjelir.

8.00pm: Pada waktu magrib ini, kami keluar utk ke pekan dan ke Sardas sekali lagi. Sementara menanti ketibaan bas, kami berpeluang menyaksikan upacara perkahwinan masyarakat tempatan. Kerana dijalanan sekarang ini, penuh dengan sana saudara ahli keluarga pengantin yang berarak di kepalai oleh pasangan pengantin. Mereka diarak menggunakan kereta kuda dan dengan paluan kumpulan pancaragam. Sungguh meriah.

16 Mei 2011 (Isnin)

Hari ini, mengikut jadual, sepatutnya kami pergi balik ke kawasan gerai jualan buah mangga. Tapi pagi ini, sungguh saya tidak larat. Badan sangat tidak selesa. Oleh kerana itu, Dr. T. menyarankan saya agar berehat di dalam hotel.

Pada pagi itu, mereka pergi ke jalan kawasan Sungai Kaveri untuk beli sedikit buah mangga. Kemudiannya, mereka ke bank. Joseph katanya hendak membuka akaun bank.

Agak dalam petang, barulah mereka pulang. Kemudiannya, kami ke rumah ibu bapa Dr. Tajudeen. Berborak-borak agak lama.

Hari itu, kami habiskan masa dengan berborak-borak dengan orang tua Dr. T. Ini kerana besok tiada masa lagi kerana akan segera pulang ke tanahair.

Sempat kami ke Sardas sebelah petangnya. Kali ini, Dr. Tajudeen belikan barangan untuk kawan-kawan dan sahabat handai pejabat pula.

Selesai ke Saradas, pulang ke hotel dan tidur.

17 Mei 2011 (Selasa)

8.45am: Bersiap hendak bergerak balik. Sekarang ini saya berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Tiricupalli. Sedang menunggu dalam terminal.

Tidak lama kemudian, naiklah kami ke pesawat. Dalam pesawat barulah dapat lihat orang Malaysia, orang Melayu. Pramugara itu tegur saya "Eh buat apa datang sini? (Trichy), belajarkah?" Pelik sekali mereka dengan kehadiran saya dibumi India ini. Ialah, manakan tidak, orang-orang yang datang ke sini selalunya, orang India sendiri dari Malaysia yang bekerja di Malaysia.

---

Dari atas sini, di sebalik awan, dapat lihat bumi entah negara apa. Sudah 2 jam berada di pesawat ini yang sekarang menuju ke Malaysia. Perasaan bercampur baur. Suka, seronok, lega, puas, sayu, rindu, entah memang bercampur-campur. Rasa di atas sini lebih tenteram. Nyaman. Sewaktu kapal berlaga dek awan atas sini, gegaran kecil kembali menyedarkan aku yang sekarang ini, sudah masa untuk kembali ke dunia realiti. Waktu cuti sudah akan berakhir tidak lama lagi.

---

Kesimpulan kecil yang saya hendak catatkan di sini, boleh dipecahkan kepada Demografi, Geografi, dan Ekonomi.

Demografi.

Boleh lihat bandar Trichy dengan gambaran warga tua berusia lingkungan 30-40 ke atas. Kurangnya remaja dan anak kecil di bandar ini. Katanya, budak-budak pada musim sekarang sedang cuti sekolah sehinggalah bulan Julai. Mungkin dapat lihat kesan ubanisasi kampung ke bandar. Kata Dr. Tajudeen, Trichy merupakan negeri yang ke-2 "2nd world" dalam India. India dibahagikan kepada "1st world", "2nd World", "3rd world", "4th world" dan "5th world". Ranking teratas ialah untuk penduduk negeri yang mempunyai perubahan dan adaptasi tamadun ataupun "behaviour" iatu sikap. Bagi negeri Tricy sendiri yang mempunyai kepadatan penduduk berjumlah 1.6 million mempunyai raking "2nd world" adalah sangat membanggakan sudah. Ini kerana penduduk yang ramai sukar di kawal dan diubah sikap mereka. Contoh sikap yang mudah untuk mereka ubah ialah, mereka harus berselipar di dalam bandar. Kebanyakkannya penduduk Trichy berselipar lebih ramai berbanding mereka yang tidak. Bagi saya secara peribadi, infrastruktur seperti sekolah bagi anak-anak muda haruslah cekap bagi mengubah sikap mereka ini. Tahun demi tahun, didikan yang betul dapat mengubah sikap penduduk ini nanti.

Geografi

Secara geografinya, muka bumi Trichy luas dan rata. Ada beberapa sungai dan empangan serta tasek buatan bekas tinggalan maharaja yang memerintah Trichy dahulu kala. Cukup untuk membekalkan bekalan air untuk penduduk Trichy. Cuaca di sini ketka lawatan ialah sekitar 41°C. Oleh sebab cuaca yang panas ketika ini, muka buminya kering.

Ekonomi

Punca pendapatan penduduk sekitar adalah dari perniagaan barangan asas seperti makanan (Restoran), pakaian, runcit, pengangkutan (Otto). Kedai-kedai makan banyak kelihatan di Trichy. Banyak juga pekerja di dalam satu-satu restoran. Ini bermaknaduit berdar dipasaran berkembang pesat di pekan Trichy. Juga, boleh dilihat penduduk miskin yang meminta sedekah merayau disekitar pekan Trichy. Ekonomi berkembang pesat melalui saluran pendapatan berasaskan makanan, pakaian, perkhidmatan seperti penganjutan.

4.00pm. Sedar tidak sedar, sampai di Malaysia ketika ini sudah. :)





















































































































































































































































































































































































































Maka tamatlah kisah India ini. Trichy, city that never sleeps.

2 comments:

Pu3 Bibah Cun Melecun said...

oiiii...karangan....mak aiihhh..mcam novel..hahah..btw, nama aku bukan cik jah ye..
ko membuatkan aku benci kat ko..

madmal said...

haha. baisa la. nak bwat novel la kan. huhu. btw, nama ko memang cik Jah kay. hahahha :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...